Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Oleh – Syeikh Baran
Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di IJN pada 11.46 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara.
Terdahulu, Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya, yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.
Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Azerbaijan Sahiba Gafarova, serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu. – Bernama
Sumber – SINAR HARIAN