TokTi Menangis Kenang Nasib Anak-Anak Angkatnya Di Palestin
Rafah Semakin ‘Hilang’ Dari Peta Dunia
TokTi Menangis Kenang Nasib Anak-Anak Angkatnya Di Palestin
Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak dapat menahan rasa sebak mengenang nasib anak-anak yang berada di sekolah miliknya di Gaza, Palestin, iaitu Sekolah Afwa Al Afiyah.
Kongsi Siti, 45 tahun, hanya doa mengiringi agar keajaiban berlaku untuk rakyat Palestin yang kini berjuang di Rafah.
“Mereka di Rafah dan keadaan memang tidak selamat. Jadi kita berdoalah. Setiap masa saya melihat hantaran kejadian ini, saya tidak boleh menahan sebak dan tidak tahu nak buat apa,” luahnya sambil mengalirkan air mata.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu “Menyapa Dunia” itu mengakui masih berhubung dengan pengurus Sekolah Afwa Al Afiyah, Dr. Mohanad, untuk mengetahui perkembangan terkini murid dan petugas sekolah tersebut.
“Macam semalam Dr. Mohanad sentiasa memberi info menerusi WhatsApp. Dalam Instagram pun saya lihat memang keadaan tidak selamat sangat untuk mereka. Seperti yang kita sedia maklum, Israel memang menyerang Rafah ketika ini di mana tempat mereka menetap,” katanya.
Keadaan di Rafah, Palestin, semakin meruncing dengan serangan berterusan yang dilakukan oleh Israel. Siti Nurhaliza, seperti ramai lain, menghulurkan sokongan dan doa agar keamanan dan keselamatan segera kembali kepada rakyat Palestin
TokTi Menangis Kenang Nasib Anak-Anak Angkatnya Di Palestin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
- Halalun Toyiban Versi PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?