MotoGP : Martin cipta kemenangan di GP Perancis
MotoGP : Martin cipta kemenangan di GP Perancis
LE MANS, Perancis – Pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin terus mengganas di Grand Prix (GP) Perancis selepas mencipta kemenangan di Litar Le Mans berturut-turut sekali gus terus mengukuhkan cengkaman di tangga teratas perebutan gelaran dunia musim ini.
Pelumba Sepanyol itu, yang memenangi perlumbaan Sprint semalam bertarung sepanjang perlumbaan dengan seteru utamanya dari Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia yang terlebih dahulu memimpin perlumbaan tersebut.
Martin terus mempamerkan ketenangan untuk kekal mendahului sehingga ke garisan penamat namun Bagnaia terpaksa pulang kecewa apabila sekadar menamatkan perlumbaan tempat ketiga selepas dipintas juara dunia enam kali, Marc Marquez di pusingan terakhir.
“Saya gembira dengan kemenangan hari ini dan saya telah memberikan terbaik sekali gus membuktikan saya antara pelumba yang terbaik. Apapun terima kasih kepada pasukan saya kerana telah menyediakan jentera terbaik buat saya hari ini,” katanya.
Hasil kemenangan tersebut, Martin terus gah medahuli carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 129 mata disusuli dengan Bagnaia 91 mata dan Marquez yang menamatkan perlumbaan tempat kedua berjaya menempatkan dirinya di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 89 mata. -KOSMO! ONLINE
MotoGP : Martin cipta kemenangan di GP Perancis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
- Halalun Toyiban Versi PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?