Sembunyi mayat bapa demi pencen
Sembunyi mayat bapa demi pencen
Taipei City: Demi mengaut pencen bapanya, seorang wanita di Taiwan tergamak menyembunyikan mayat bapanya selama 10 tahun.
Rahsia wanita itu bagaimanapun terbongkar selepas dia enggan membenarkan pihak berkuasa melakukan semburan kabus untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, sehingga membawa kepada pemeriksaan polis yang akhirnya menemukan beg berisi tulang, November lalu.
Polis berkata, wanita dari bandar Kaohsiung di selatan pulau itu dilaporkan tinggal bersama bapanya selama lebih 50 tahun, manakala ibunya meninggal dunia sebelum suaminya.
Katanya, pada mulanya, wanita itu mendakwa bapanya berada di pusat jagaan, namun mengubah ceritanya mendakwa lelaki itu dibawa abangnya ke ke Tanah Besar China.
“Siasatan polis mendapati, abang wanita itu sudah meninggal dunia selama 50 tahun, malah tiada rekod bapanya meninggalkan Taiwan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
“Wanita itu memberitahu bapanya meninggal dunia di Tanah Besar China apabila dia tidak dapat mengemukakan sijil kematian,” katanya.
Polis berkata, keterangan wanita itu yang bercanggah membawa kepada siasatan di kediamannya yang menemukan tulang warga emas di dalam beg sampah plastik hitam.
“Polis sedang menyiasat punca kematian lelaki itu untuk menentukan sama ada wanita itu melakukan sebarang jenayah selain menyembunyikan mayat bapanya,” katanya.
Dalam temu bual dengan saluran media Taiwan Mnews, pakar forensik Gao Dacheng menjelaskan, jasad lazimnya mengambil masa satu hingga dua tahun untuk menjadi rangka.
“Bau paling kuat akan berlaku kira-kira dua minggu selepas kematian dan akan menghilang dalam tempoh sebulan kemudian,” katanya.
Dilaporkan, kesihatan mental wanita itu berada dalam keadaan lemah dan dia menerima rawatan perubatan serta dalam pengawasan.
Difahamkan, bapa wanita itu ialah veteran tentera yang berkhidmat selama lebih 20 tahun.
Walaupun butiran perkhidmatan lelaki itu tidak diketahui, purata pencen untuk veteran tentera Taiwan ialah NT$49,379 (kira-kira RM7,224) sebulan.
Di Taiwan, individu yang merosakkan, meninggalkan, menghina atau mencuri mayat boleh menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun.
Jika jenayah itu dilakukan terhadap mayat saudara-mara atau ahli keluarga terdekat, hukuman boleh dinaikkan sebanyak 1.5 kali ganda.
Sembunyi mayat bapa demi pencen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM Perikatan Nasional -Tuan Ibrahim kata belum putuskan, Azmin kata sudah.
- Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Antara punca kekalahan PN di KKB.