Israel tahan hasil cukai, gaji Mac kakitangan awam Palestin dibayar separuh

Israel tahan hasil cukai, gaji Mac kakitangan awam Palestin dibayar separuh

Israel tahan hasil cukai, gaji Mac kakitangan awam Palestin dibayar separuh

Baitulmaqdis: Langkah Kementerian Kewangan Israel menahan hasil cukai Palestin mengakibatkan gaji penjawat awam Pihak Berkuasa Palestin (PA) dibayar separuh sahaja minggu ini.

PA berkata, pihaknya akan membayar hanya 50 peratus sahaja daripada gaji Mac untuk kakitangan awam Palestin esok.



Katanya, ia selepas Israel menahan pemindahan yang perlu dibayar untuk April.

“Tunggakan itu akan dibayar sebaik keadaan kewangan dibenarkan,” katanya.

Kementerian Kewangan Israel mengesahkan, mereka memutuskan untuk tidak memindahkan hasil cukai bulan ini tetapi enggan memberikan butiran lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Halalun Toyiban Versi PAS




Tekanan gaji sektor awam dan fakta puluhan ribu rakyat Palestin dihalang daripada bekerja di Israel sejak permulaan perang di Gaza pada Oktober lalu, menambahkan lagi kesusahan ekonomi yang semakin meningkat di Tebing Barat.

Israel mengutip cukai ke atas barangan yang melalui Israel ke Tebing Barat sebelum memindahkan hasilnya kepada PA di Ramallah di bawah perjanjian yang wujud sekian lama antara kedua-dua pihak.

Namun, sejak serangan Hamas ke atas Israel, Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich menahan jumlah wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pentadbiran di Gaza.



Walaupun kumpulan Hamas berjaya menguasai Gaza daripada Fatah pada 2007, PA yang didominasi Fatah, terus membiayai beberapa perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di kawasan itu.

 

Israel tahan hasil cukai, gaji Mac kakitangan awam Palestin dibayar separuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Antara punca kekalahan PN di KKB.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button