Suami belasah isteri, 2 kekasih gelap di bilik hotel

Oleh – Syeikh Baran


Suami belasah isteri, 2 kekasih gelap di bilik hotel
Lelaki berkenaan menangkap isterinya dengan dua lelaki lain di dalam bilik hotel. – Unsplash

Seorang lelaki di negeri Uttar Pradesh membelasah isterinya bersama dua lelaki lain selepas ‘menangkap’ mereka di dalam sebuah bilik hotel, lapor laman berita NDTV semalam.

Lelaki bekerja sebagai doktor itu menyerbu bilik hotel tersebut bersama ahli keluarganya yang turut memukul kesemua mangsa.



Polis yang kemudian  tiba di lokasi kejadian bertindak  menahan si isteri serta dua kekasih gelapnya atas dakwaan mengganggu keamanan rumah tangga.

Dalam masa sama, si suami membuat laporan terhadap isterinya dan  mendakwa bahawa wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan dua lelaki tersebut.

Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati rumah tangga pasangan suami isteri itu berdepan  masalah sejak dua tahun lalu dan mereka kini tinggal berasingan.

Si isteri yang bekerja di sebuah hospital kerajaan tidak membuat sebarang laporan terhadap suaminya, namun polis berkata, siasatan masih dijalankan. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button