Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin

Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin

Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin

 

Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja) adalah individu yang cukup lantang mempertahankan presiden PPBM, Muhyiddin Yasin.

Sebelum ini, Zaid Ibrahim, mengeluarkan kenyataan sudah sampai masanya presiden PPBM tersebut mengundurkan diri dan memberi ruang kepada pemimpin baharu menerajui parti tersebut.



Alasan yang diberikan Zaid ada asasnya.

Muhyiddin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden PPBM dilihat telah gagal meletakkan halatuju politik yang jelas.

Ianya jelas terbukti dalam pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu.

Kempen Perikatan Nasional tidak memberikan pilihan kepada pengundi tawaran dari Perikatan Nasional sekiranya mereka diberikan mandat.



Sepanjang kempen tersebut, ia hanya dipenuhi dengan cerita lama yang menyentuh 3R dan serangan berbentuk fitnah ke atas lawan.

Tetapi kenyataan Zaid telah dibidas dengan lantang oleh Peja.

“Tidak pernah terlintas sama sekali di fikiran pemimpin atasan PPBM untuk meminta presiden mereka, Muhyiddin Yasin, mengundurkan diri.”

“Pandangan Zaid Ibrahim itu saya anggap pandangan masing-masing.”



“Tetapi saya yang berada dalam kepimpinan PN.”

“Kami melihat Muhyiddin ini masih lagi diperlukan dan kepimpinan dia masih lagi tak ada galang gantinya dalam PN.”

“Jadi, terima kasihlah, tapi kami tak terlintas pun di fikiran untuk membincangkan perkara itu pun.”

“We are doing alright,” jelas Peja.



Pada pandangan penulis, kenyataan Peja jelas membuktikan PPBM dan Perikatan Nasional ketandusan pemimpin untuk menggantikan Muhyiddin.

Kalau pun Muhyiddin tidak berundur, beliau sepatutnya berehat seketika sekurang-kurangnya hingga kes mahkamah beliau selesai.

Penulis tidak nampak ada asas yang kukuh dari kenyataan Peja.

Sekiranya benar kepimpinan PPBM masih memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin, bagaimana dengan 6 orang ahli parlimen dan seorang ADUN PPBM yang berpaling tadah.



Adakah mereka berpaling tadah kerana mereka masih lagi mempunyai keyakinan dan memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin?

 

Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button