Liga Super : KDN FC tumpas 2-3 kepada Sabah FC di laman sendiri
Liga Super : KDN FC tumpas 2-3 kepada Sabah FC di laman sendiri
KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) gagal mencapai misi meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila tewas 2-3 kepada Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.
Sabah FC terlebih dahulu membuka jaringan apabila Gariel Peres dengan mudah menolak masuk bola yang bergolek bebas di depan pintu gol pada minit ke-25 selepas penjaga gol KDN FC, Khatul Anuar Md. Jalil gagal menangkap kemas rembatan kencang Gary Steven Robbat.
Bermula babak kedua, KDN FC berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan Kim Likwan pada minit ke-54 selepas menerima bola sepakan penjuru diambil oleh ketua pasukan, Oday Kharoub Ali Abdalrahim.
Terkejut dengan jaringan itu, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee terus melancarkan serangan menggila ke kubu tuan rumah dan kembali mendahului apabila rembatan jarak jauh Stuart John Wilkin tepat menerjah jaring gol pasukan kendalian Park Jaehong pada minit ke-64.
Sabah menambah derita Sang Kijang Emas apabila rembatan leret Ramon Macedo dari luar kotak penalti menerjah tepat ke dalam gawang tuan rumah pada minit ke-68 untuk gol ketiga pasukan pelawat.
KDN FC berjaya merapatkan kedudukan melalui tandukan pemain gantian, Bae Kyeonghwan pada masa kecederaan di separuh masa kedua berpunca dari sepakan percuma Oday Kharoub. – KOSMO! ONLINE.
Liga Super : KDN FC tumpas 2-3 kepada Sabah FC di laman sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah
- DAP bertambah kukuh dan kuat kerana Mahathir
- Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?