EPL: Arteta belum putus harapan

EPL: Arteta belum putus harapan

EPL: Arteta belum putus harapan
ARSENAL percaya peluang mereka menjuarai EPL musim ini tetap ada biarpun ketinggalan dua mata menjelang aksi terakhir. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan terlalu memikirkan tentang keputusan yang bakal diraih Manchester City sebaliknya lebih tertumpu kepada persiapan pasukan sendiri.

Walaupun mengakui kualiti yang ada pada City, Arteta masih percaya The Gunners tetap memiliki peluang untuk mencipta kejutan sekaligus bergelar juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

“Kami sendiri perlu lakukan sehabis baik, selebihnya kita mengharapkan West Ham United dan David Moyes mampu membantu kami memenuhi impian,” katanya yang pernah galas tugas selaku pembantu pengurus City, Pep Guardiola.



Bersama Arsenal, pengurus dari Sepanyol itu pernah memenangi Piala FA dan dua kali menjulang Piala Perisai Komuniti.

Ketika ditanya adalah kejayaan Liga Perdana Inggeris selaku pengurus boleh dianggap sebagai pencapaian terbaiknya, Arteta tidak segan untuk mengakuinya.

“Mungkin ia adalah yang terbaik kerana saya tidak pernah menang ketika bergelar pemain dan sudah pasti itu adalah cita-cita saya. Apabila saya keluar daripada Arsenal, saya mahu kembali dengan peranan berbeza.

“Saya cuba memimpin kelab ini untuk memenangi trofi utama dan sekarang adalah peluang kami untuk lakukannya. Selepas lalui pelbagai situasi sejak beberapa tahun lalu, saya fikir ini adalah detik terbaik,” katanya.



Ketika ini, nasib Arsenal hanya akan ditentukan oleh City memandangkan jika Guardiola mampu kalahkan West Ham, The Citizens akan dinobatkan selaku juara buat kali keempat berturut-turut. – AGENSI

EPL: Arteta belum putus harapan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button