Mark Adam kagum cara kerja produksi Indonesia
Sehari boleh rakam 10 lagu
Mark Adam kagum cara kerja produksi Indonesia
MENJALANI proses rakaman empat lagu dalam tempoh masa sehari memberi satu pengalaman baharu buat penyanyi Mark Adam.
Kata Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, meskipun pada awalnya terkejut dengan tawaran tersebut namun melihat cara kerja yang dijalankan oleh produksi dari Indonesia itu membuatkan dia yakin akan hasilnya.
“Kita di sini (Malaysia) memang tidak pernah rakamkan lagu sebanyak itu dalam tempoh sehari. Tetapi mereka ada sistem yang baik untuk pastikan semua perancangan tersebut dapat dilaksanakan.
“Apabila diberikan tawaran sebegitu saya terkejut dan sepanjang menjalani proses rakaman saya perlu adaptasi dengan cara kerja mereka.
“Bagi saya ia sesuatu yang baik dan mungkin kita boleh cuba lakukan di sini kerana menjimatkan masa,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah
- Selepas Perlis Satu Lagi Negeri PAS Di Serbu SPRM
- Titah Agong dulu atau Agong baru bukan persoalan, tapi titah mesti diakur.
Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik
Mark sebelum ini bekerjasama dengan TA Pro Music & Publishing menyanyikan kembali lagu-lagu popular untuk siaran di Youtube syarikat berkenaan.
Kolaborasi tersebut bermula sekitar awal tahun lalu dan pada Mac, Mark sekali lagi diberi kepercayaan untuk merakamkan 10 buah lagu bersama mereka.
“Untuk 10 buah lagu ini kami hanya akan lakukan dalam tempoh dua hari sahaja. Sehari untuk rakam semua lagu dan sehari lagi untuk muzik video. Saya juga akan bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi di sana.
“Sasaran mereka adalah untuk saluran Youtube dan sebab itu kami menyanyikan kembali lagu-lagu lama. Lagu sebelum ini pun saya menerima banyak komen positif dan termasuk pendengar dari Malaysia dan Singapura.
“Tugas saya hanya untuk menyanyi sahaja. Semuanya sudah disiapkan dari awal oleh pasukan produksi termasuk susunan muzik. Cuma jika ada pandangan sendiri saya akan kongsikan bersama mereka,” ceritanya.
Sementara itu, Mark turut meluahkan rasa rindu untuk merakamkan lagu baharu selepas kali terakhir tampil dengan single berjudul Rokieya tahun lalu.
“Kalau boleh saya nak tampil dengan lagu baru tahun ini. Dah lama tiada lagu baru.
“Saya juga sudah lama tidak berlakon dan drama-drama sebelum ini masih lagi ditayangkan,” jelasnya.
Mark Adam kagum cara kerja produksi Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah
- DAP bertambah kukuh dan kuat kerana Mahathir
- Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?