Ramai Tidak Sabar Untuk Dengar Lagu Ernie Zakri ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]

“Lagi Menusuk Kalbu Ni”

Ramai Tidak Sabar Untuk Dengar Lagu Ernie Zakri ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]

Ramai Tidak Sabar Untuk Dengar Lagu Ernie Zakri ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Makin Bertambah Galau, Yang Ni Lagi Best Dengar”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Ernie Zakri yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 91 ribu, tanda suka sebanyak 9,220 dan sebanyak 246 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri menunjukkan bahawa lagunya yang berjudul Masing-masing yang peroleh permintaan ramai itu akan dikeluarkan dengan versi Tradisional yang akan membuatkan pendengar bertambah galau dengan lagu tersebut. Ernie Zakri juga memberitahu bahawa lagu versi Tradisional tersebut bakal dikeluarkan pada 24 May tahun ini.



@erniezakri23

pantun sikit…

♬ original sound – erniezakriez – erniezakriez

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka mengatakan bahawa tidak sabar untuk mendengar lagu tersebut versi Tradisional dengan penuh. Tambah mereka lagi, pasti akan bertambah rasa jika mendengar lagu tersebut dengan versi baru itu.



Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Ramai Tidak Sabar Untuk Dengar Lagu Ernie Zakri ‘Masing-Masing’ Versi Tradisional [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button