Alvin Chong Lepak Dengan Kang Min Hyuk CNBLUE, Peminat Teruja! [VIDEO]

“Bestnya Kawan Dengan Idol….”

Alvin Chong Lepak Dengan Kang Min Hyuk CNBLUE, Peminat Teruja! [VIDEO]

Alvin Chong Lepak Dengan Kang Min Hyuk CNBLUE, Peminat Teruja! [VIDEO]

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong mencuri perhatian peminat selepas berkongsi satu video di media sosialnya.

Alvin atau atau nama penuhnya Alvin Chong Chean Wah dilihat sedang melepak bersama penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Kang Min Hyuk CNBLUE ketika berada di sana.



Tambah Alvin, bermula pertemuan mereka dalam sebuah acara di Milan, Itali, kemudian di Jakarta, Indonesia dan pertemuan seterusnya di Korea bersama pemain dram kumpulan CNBLUE itu.

“Dari pertemuan pertama di Milan, pertemuan kedua di Jakarta, kepada melepak di Seoul, Korea.

Saya Gembira dan bersyukur bahawa kerja saya membenarkan saya untuk mempunyai rakan dari seluruh dunia.”-kapsyen Alvin di TikTok

@itsalvn__



I am glad and grateful that my work allowed me to make friends from all over the world 🫶🏻 #CNBLUE #kangminhyuk #Kanggun

♬ 외톨이야 – CNBLUE

“Weh Ni Flex Lain Macam Ni…”

Perkongsian Alvin telah dibanjiri dengan komen yang meluahkan rasa teruja melihat pelakon ini ‘selamba’ menghabiskan masa dengan penyanyi dan pelakon terkenal Korea itu, malah ada yang sempat meminta Alvin untuk menitipkan pesanan kepada Kang Min Hyuk untuk datang membuat konsert pada April lalu.

“Gitu je dia jadi member dengan Min Hyuk.”



“Apa ni naik kereta sesama niy.”

“Weh dah macam adik beradik. Rupa ada iras.”

“Alahai Minhyuk, dah besar tinggi. Dulu cecomel kiut miut je tengok dia.”

“Weh ni flex lain macam ni matt.”



“Suruh dia datang Malaysia lagi.”

“Bang kirim salam kat dia bang, suruh datang Malaysia lagi.”

“Bestnya kawan dengan idol.”

Bukan calang-calang rakan Alvin Chong, level international!.



Alvin Chong Lepak Dengan Kang Min Hyuk CNBLUE, Peminat Teruja! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button