Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura

“Mereka Tidak Begitu Bijak”

Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura

Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura

Sebelum ini, penyanyi Ning Baizura dikecam oleh netizen apabila videonya menjadi viral di media sosial.

Dikecam Netizen Kerana Tidak Sensitif

Dia mula dikecam apabila Ning menerusi siaran langsung membaca komen bertulis All eyes on Rafah (semua perhatian pada Rafah), lalu bertanya ‘Siapa Rafah’?



Pertanyaan itu menimbulkan kemarahan netizen dan Ning dianggap sebagai artis yang tidak mengambil tahu mengenai situasi semasa yang berlaku di Palestin terutamanya di Rafah ketika ini.

Diatas kejadian tersebut, Ning Baizura memohon orang ramai agar tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin.

Mengambil Masa Untuk Menghadam Situasi Yang Berlaku

Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura
via Instagram Ning Baizura

Jelas Ning, dia bukan sengaja mendiamkan diri daripada bersuara tentang isu ‘All Eyes on Rafah’ ketika siaran langsung baru-baru ini, namun dia perlu mengambil masa untuk menghadam situasi yang tular itu dengan rasional.



Saya mengambil masa untuk menghadam selepas apa yang berlaku. Tetapi tidak perlulah melatah atau menghukum seseorang.

Terpulanglah pada anda semua untuk fikir apa sahaja tentang diri saya tetapi janganlah tutup periuk nasi saya.

Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersoladiriti untuk Palestin.

Rakan Selebriti Beri Nasihat



Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura
via Instagram Ning Baizura

Terbaru Ning juga ada memuat naik satu kenyataan di Instagram miliknya mengenai apa yang terjadi dengan isunya tersebut.

Tulisnya, dia mengharapkan agar semua orang lebih menyebarkan kebaikan dan kesedaran dengan apa yang terjadi.

Dia juga turut berdoa agar semua manusia bersatu dan mendoakan yang terbaik untuk semua.

Hantaran tersebut mendapat mperhatian warga net. Ramai yang bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Ning.



Malah rakan dan juga pelakon Jeslina Hashim turut bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Ning. Bagi Jeslina, dia akan memadam segala perkara yang melibatkan kebencian.

Baginya, insiden yang melibatkan Ning akan terus terjadi dan orang yang membenci ini dianggap kurang bijak.

 

Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button