Harimau Tasmania didakwa masih wujud

Oleh – Syeikh Baran


Harimau Tasmania didakwa masih wujud
Gambar menunjukkan haiwan yang disyaki adalah harimau Tasmania -Reddit/truthisfictionyt

Netizen terkejut melihat imej baharu di laman sosial yang didakwa Harimau Tasmania walaupun saintis-saintis menyatakan bahawa binatang tersebut sudah pupus 88 tahun  lalu lapor laman berita Daily Star.

Gambar dikongsikan oleh pengguna Reddit itu menggemparkan orang ramai. Sebilangan netizen  percaya Harimau Tasmania masih wujud,  namun sesetengah yang lain mencurigai foto tersebut.



Seorang lelaki bernama Zack berkongsi gambar itu dengan pakar hidupan liar Amerika Syarikat, Forrest Galante. Zack berkata, dia terserempak dengan haiwan itu di tepi jalan ketika bercuti bersama bapanya  di Tasmania pada April lalu. 

Bercakap dengan Forrest di saluran Youtube, Zack mendakwa bahawa dia dan ayahnya menyangka haiwan itu seekor anjing,  namun mengubah fikiran selepas mendengar ia ‘menjerit’.

Menurut Zack, pertembungan itu berlangsung sekitar 30 saat dan  dia merakam  gambar binatang tersebut.

“Kami tidak pasti apa yang akan kami akan lakukan kerana ia seperti menunggu sesuatu  atau bersedia  untuk menyerang,” katanya. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button