Penguat kuasa PBT minta rasuah RM12,000 dari pemilik restoran ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Penguat kuasa PBT minta rasuah RM12,000 dari pemilik restoran ditahan
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.

Menurut sumber, suspek berbuat demikian sebagai balasan tidak mengambil tindakan kepada seorang pemilik restoran yang meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir kereta di restoran tersebut.



Katanya, suspek lelaki berusia 40-an dipercayai ditahan petang semalam di sekitar Selangor.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak November tahun lepas hingga kini dan meminta serta menerima bayaran tunai secara bulanan sebanyak kira-kira RM2,000.

“Siasatan juga mendapati suspek dipercayai sering menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp pada setiap bulan kepada pemilik restoran tersebut,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.



Beliau berkata, suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button