Apa Nasib Rafizi Selepas Di Gugurkan Dari Kepimpinan Negeri PKR
Apa Nasib Rafizi Selepas Di Gugurkan Dari Kepimpinan Negeri PKR
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, membuat keputusan berani dengan menggugurkan beberapa nama besar dalam kepimpinan PKR dari jawatan kepimpinan negeri PKR.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 18 Februari lalu.
“Penyusunan ini telah mengambil kira semua pandangan bagi memastikan PKR terus kukuh dalam mendukung agenda reformasi di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.”
“MPP juga bersetuju saya menjadi pemantau untuk perjalanan parti di Perlis dan Kedah.”
“Manakala Aminuddin Harun akan memantau PKR di Melaka,” jelas beliau dalam satu sidang media.
Antara pemimpin PKR yang berada dalam kabinet yang digugurkan dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi.
Untuk rekod, Rafizi merupakan Timbalan Presiden PKR, manakala Nik Nazmi pula adalah Naib Presiden PKR.
Menurut sumber dalaman PKR, keputusan yang diambil setelah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan PKR di peringkat akar umbi.
Perkembangan terbaru ini menimbulkan spekulasi wujudnya ketegangan hubungan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat penulis pastikan, namun pada pandangan penulis ada asasnya dakwaan tersebut.
Apa Nasib Rafizi Selepas Ini?
Lebih menarik perhatian penulis adalah, apakah nasib Rafizi selepas ini?
Jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri adalah jawatan yang dilantik oleh presiden parti.
Jawatan tersebut diwujudkan supaya semua kepimpinan parti diperingkat akar umbi dapat diselaras dan diperkasakan.
Namun sekiranya Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri gagal mendapatkan kerjasama dari kepimpinan akar umbi, sudah tentu beliau akan ditolak.
Dalam artikata lain, mesej di sebalik pengguguran Rafizi dan Nik Nazmi adalah mesej dari akar umbi bahawa kepimpinan mereka ditolak.
Begitu juga dengan jawatan menteri kabinet.
Ia adalah jawatan yang dilantik oleh perdana menteri untuk melancarkan perjalanan jentera kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Tetapi sekiranya menteri gagal berfungsi, maka rakyat akan memberikan mesej yang jelas kepada perdana menteri.
Tidak boleh dinafikan, lebih dari setahun menjadi Menteri Ekonomi, Rafizi dilihat menjadi sasaran kecaman rakyat kerana kegagalan beliau.
Apa nasib Rafizi selepas ini, adakah beliau akan digugurkan dari kabinet Anwar Ibrahim?
Apa Nasib Rafizi Selepas Di Gugurkan Dari Kepimpinan Negeri PKR
Di Syorkan Untuk Anda:
- Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?
- Pegawai Penyiasat SPRM Setuju Jho Low Dalang Skandal 1MDB
- Adakah Wakil Sultan Pahang Akan Di Panggil Mahkamah Untuk Menyelesaikan Isu Titah Adendum?