Wang kertas bernilai hampir RM440,000 jadi sampah
Oleh – Syeikh Baran
Sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa guni berisi wang kertas berjumlah 1.5 bilion rupiah (RM439,598) yang telah hancur dan dikoyak-koyakkan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Berdasarkan video yang dikongsikan dalam aplikasi TikTok, wang kertas itu dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang.
Wang itu dikatakan berasal dari Bank Indonesia di Malang, wilayah Jawa Timur.
Ia terpaksa dirosakkan dan dibuang atas pelbagai sebab dan tidak sah untuk digunakan.
“Guni-guni ini adalah longgokan sampah wang berjumlah 1.5 bilion rupiah,” kata keterangan pada video tersebut.
Susulan perkongsian video itu, Bank Indonesia mengeluarkan kenyataan meminta orang awam agar menjaga wang kertas dengan baik.
Masyarakat diminta agar tidak merosakkan wang kertas seperti melipat, merenyuk atau membasahkannya. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE