KWAP perkenal Dana Pemacu dengan peruntukan RM6 bilion

KWAP perkenal Dana Pemacu dengan peruntukan RM6 bilion

KWAP perkenal Dana Pemacu dengan peruntukan RM6 bilion
KWAP

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), hari ini, memperkenalkan pelaburan modal swasta dikenali sebagai Dana Pemacu yang membabitkan peruntukan sebanyak RM6 bilion.

Dana itu menyasarkan pelaburan dalam sektor-sektor utama ekonomi termasuk keterjaminan makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan, peralihan tenaga, ekonomi digital, keterangkuman kewangan dan aspek lain dengan impak kritikal dalam kerangka ekonomi Madani.

Dalam kenyataan hari ini, KWAP berkata, Dana Pemacu itu akan dilaksanakan menerusi dana Akaun Terurus Berasingan (SMA) dengan kerjasama antara bakat tempatan dan pengurus pelaburan antarabangsa yang merentasi tiga aset berbeza iaitu ekuiti swasta, infrastruktur dan hartanah.



Komitmen sebanyak RM6 bilion itu akan dilabur menerusi SMA konvensional dan patuh Syariah dengan 50 peratus khusus kepada pelaburan fokus Syariah bagi memanfaatkan modal ekuiti Islam untuk impak lebih besar dalam pelaburan patuh Syariah.

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan pasaran swasta secara menyeluruh selain menawarkan peluang unik untuk pelaburan beretika dan bertanggungjawab secara sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?




Pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di sini, hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rancangan KWAP untuk memperuntukkan pelaburan patuh Syariah yang juga separuh daripada komitmen modal Dana Pemacu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed pula menekankan kepentingan Dana Pemacu bagi pertumbuhan dan kemajuan negara.

Beliau berkata, rancangan itu merangkumi usaha menggerakkan pelaburan menerusi model kerjasama antara bakat tempatan dan pengurus dana antarabangsa dengan memanfaatkan ekosistem pasaran pelaburan swasta di Malaysia.

“Malah, inisiatif ini akan membawa bersama amalan global terbaik dan kemahiran ke dalam pasaran tempatan, sekali gus memacu pemindahan pengetahuan dan jaringan industri yang dapat memperkasa bakat tempatan.



“Menerusi pelaburan modal yang baru dilancarkan ini, kami berhasrat untuk menyokong lebih banyak syarikat-syarikat tempatan dalam skala domestik dan antarabangsa melalui saluran konvensional serta patuh Syariah yang seterusnya mengukuhkan pasaran kewangan dan meningkatkan pembangunan bakat tempatan di Malaysia,” katanya.

Bersandarkan Dana Pemacu sebagai strategi pelaburannya, KWAP juga kekal komited untuk mencapai pulangan optimum bagi dana berkenaan dalam usaha membantu Kerajaan Persekutuan membiayai liabiliti pencen.

KWAP perkenal Dana Pemacu dengan peruntukan RM6 bilion

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button