AirAsia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024

AirAsia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024

AirAsia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024
AirAsia menjadi kuasa dominan di rantau Asia.

Kuala Lumpur: Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X, diumumkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 oleh AirlineRatings.com dalam Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunannya.

AirAsia, dalam satu kenyataan semalam berkata, sebagai syarikat penerbangan penuh yang berpangkalan di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja, ia mengalami pertumbuhan yang menakjubkan sejak dua dekad lalu untuk menjadi kuasa dominan di rantau Asia.

“Kumpulan AirAsia dan syarikat penerbangan jarak sederhana gabungannya berusaha keras untuk membimbing syarikat penerbangan ini untuk muncul di Asia dan seterusnya, dan hari ini, kami mempunyai lebih 255 pesawat terbang ke lebih 165 destinasi,” kata syarikat penerbangan itu.



Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat Strategik AirAsia Aviation Group Tan Sri Tony Fernandes berkata, selepas mengharungi pelbagai rintangan, syarikat penerbangan itu kini mempunyai asas yang tepat untuk pertumbuhan lebih signifikan dan akan memulakan perjalanan baharu yang menarik dengan rancangan untuk terbang ke sebahagian besar benua.

“Cadangan pelupusan strategik kumpulan penerbangan AirAsia daripada Capital A ke AirAsia X berada di landasan yang betul dan akan menjadi pengubah permainan dalam industri untuk memastikan perjalanan udara yang lebih berkualiti tinggi dan kos rendah untuk jarak pendek, sederhana dan jauh menghubungkan rantau Asia dan Asia Pasifik ke seluruh dunia pada kos yang terbaik,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?



Sementara itu, Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata, kemenangan itu “sangat wajar” kerana syarikat penerbangan berkenaan menjadikan perjalanan mampu milik untuk hampir 800 juta penumpang di seluruh Asia dan Asia Pasifik, dan mereka menawarkan nilai yang luar biasa serta pengalaman yang hebat.

AirAsia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button