Ketahuilah 8 Selebriti Terkenal Ini Miliki Otak Geliga Dalam SPM
SPM Tak Penting Kerana Mahu Jadi Influencer?
Ketahuilah 8 Selebriti Terkenal Ini Miliki Otak Geliga Dalam SPM
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menjadi penanda aras kejayaan akademik di Malaysia. Menariknya, ramai selebriti popular negara ini telah membuktikan kecemerlangan mereka bukan sahaja dalam dunia hiburan tetapi juga dalam bidang pendidikan.
Berikut adalah 11 selebriti yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM:
1. Neelofa
Tahun:2006
Keputusan:10A
Sekolah: MRSM Langkawi
Noor Neelofa Mohd Noor, lebih dikenali sebagai Neelofa, merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Beliau memperoleh 10A dalam SPM tahun 2006 dan juga mencapai kecemerlangan dalam UPSR (5A) dan PMR (8A).
Neelofa kemudian melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama dan menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.
2. Mira Filzah
Tahun:2010
Keputusan:8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh 8A dalam SPM dan dikenali sebagai pelakon yang cemerlang dalam bidang akademik dan seni.
3. Soo Wincci
Tahun:2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama
Soo Wincci memperoleh 7A dan 2B dalam SPM. Selain itu, beliau memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan diiktiraf sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
Soo Wincci juga memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, UK, dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine Coast, Australia.
4. Ezlisa Loy
Tahun:2013
Keputusan:7A, 2B
Sekolah:SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras
Ezlisa Loy, atau Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, mendapat 7A dan 2B dalam SPM. Beliau memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.
5. Janna Nick
Tahun:2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah:MRSM Pendang, Kedah
Nurul Janna Muner, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick, merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah. Beliau memperoleh 6A dan 2B dalam SPM.
6. Ayu Nazirah (Anak Nurul Wahab & Komposer Ajai)
Tahun:2015
Keputusan:9A
Sekolah:Sekolah Tun Fatimah, Johor
Ayu Nazirah Mohd Faizal memperoleh 9A dalam SPM. Beliau adalah anak kepada pasangan selebriti Nurul Wahab dan Ajai, serta pelajar Sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah (STF), Johor.
7. Ammar Effendy (Anak Rozita Che Wan)
Tahun: 2013
Keputusan:9A
Sekolah:Kolej Yayasan Saad, Melaka
Ammar Effendy, anak pelakon Rozita Che Wan, memperoleh 9A dalam SPM. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Nottingham, Semenyih.
8. Najwa Latif
Tahun:2012
Keputusan:4A
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor
Najwa Latif, penyanyi yang popular dengan lagu “Cinta Muka Buku,” memperoleh 4A dalam SPM 2012. Beliau adalah pelajar aliran Sains Tulen di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Johor.
Keputusan cemerlang dalam SPM oleh selebriti-selebriti ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja berjaya dalam bidang seni, tetapi juga dalam akademik. Kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Ketahuilah 8 Selebriti Terkenal Ini Miliki Otak Geliga Dalam SPM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes 1MDB: Keterangan Pegawai Penyiasat SPRM Memeningkan Kepala Pendakwa
- Apa Nasib Rafizi Selepas Di Gugurkan Dari Kepimpinan Negeri PKR
- Mendakwa Najib satu kesilapan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman