Tipu doktor pakar bergelar Datuk sebanyak RM450,000

Oleh – Syeikh Baran


Tipu doktor pakar bergelar Datuk sebanyak RM450,000
Hirmanniza ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini. Foto oleh SHIDDIQIN ZON/ KOSMO!

Seorang ejen perdagangan sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan penipuan pelaburan mata wang digital kripto sebanyak RM450,000 terhadap seorang doktor pakar bergelar Datuk, tahun lalu.

Tertuduh, Hirmanniza Yub, 56, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norazlin Othman.



Bapa kepada tiga orang anak itu didakwa memperdayakan seorang lelaki bergelar Datuk yang berusia 70 tahun untuk mempercayai pelaburan kripto tidak wujud sebanyak RM450,000.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat sebuah hospital swasta di Ampang dekat sini pada 9 April tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin.

Hirmanniza tidak diwakili peguam kemudiannya merayu jaminan dikurangkan kepada RM5,000 ekoran tidak mempunyai kerja tetap dengan mempunyai tiga anak dan isteri yang tidak bekerja.



Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali ke balai polis, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak menganggu saksi.

Sebutan semula kes pada 23 Julai depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button