Anggota rela didakwa pukul anak, adik

Oleh – Syeikh Baran


Anggota rela didakwa pukul anak, adik
Tertuduh (tengha) mengaku tidak bersalah sejuruh dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak dan adik kandungnya, Januari lalu.

Tertuduh yang berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah sejuruh pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.



Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak dan adiknya berusia 15 dan 25 tahun ketika mangsa berada di dapur dan halaman rumah.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 7 pagi di sebuah rumah lot bernombor Kampung Tersusun Bukit Larang Pernu dalam daerah Melaka Tengah pada 15 Januari 2024.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan kurang berkemampuan dan mempunyai tanggungan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dan menetapkan tarikh 15 Julai ini untuk sebutan semula kes.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button