Co-opbank Pertama umum dividen ADK-KWRS, 3.6 peratus

Co-opbank Pertama umum dividen ADK-KWRS, 3.6 peratus

Co-opbank Pertama umum dividen ADK-KWRS, 3.6 peratus
AHMAD Norihan (tiga dari kiri) pada Majlis Pengumuman Dividen Akaun Deposit Koperasi- Kumpulan Wang Rizab Statutori (ADK-KWRS) Tahun 2023 di Kuala Lumpur. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan kadar dividen untuk Akaun Deposit Koperasi, Kumpulan Wang Rizab Statutori (ADK-KWRS) kepada pendeposit koperasi sebanyak 3.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, ia membabitkan jumlah agihan dividen sebanyak RM9.75 juta kepada 458 koperasi.

“Bagi tahun kewangan 2023, SKM bersetuju mengagihkan keuntungan sebanyak RM9.75 juta kepada 458 koperasi berdasarkan kiraan harian deposit koperasi.



“Pengagihan bagi tahun kewangan 2023 ini juga yang tertinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya,” katanya semasa Majlis Pengumuman Dividen ADK-KWRS di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman



“Jumlah dana ADK terkumpul adalah sebanyak RM322.5 juta dengan 548 pendeposit koperasi.

“SKM juga menerima KWRS dari Co-opbank Pertama berjumlah RM45 juta yang didepositkan ke dalam ADK,” katanya.

Ahmad Norihan berkata, pelaksanaan ADK bertujuan untuk menggembleng dana gerakan koperasi dalam ekosistem sektor koperasi demi manfaat gerakan koperasi.

Beliau berkata, ini bagi memastikan wang KWRS koperasi disimpan sebagai penampan di bawah pengawasan SKM.



Dalam pada itu, Baharom berkata, sehingga 31 Disember 2023, 458 koperasi membuka ADK di CBP, berbanding 281, pada 2022.

“Jumlah keseluruhan deposit yang diterima pula mencecah RM267 juta, berbanding RM190 juta pada 2022.

“Ini menunjukkan peningkatan bilangan koperasi pendeposit sebanyak 62 peratus dan peningkatan jumlah keseluruhan deposit sebanyak 41 peratus.

“Ini membuktikan bahawa sektor koperasi menunjukkan prestasi yang cemerlang walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi,” katanya.



Katanya, pihaknya turut menyasarkan peningkatan deposit yang lebih tinggi menjelang akhir tahun ini.

“CBP juga adalah pendeposit ADK- KWRS dan secara langsung turut menyumbang kepada peningkatan jumlah deposit dan kadar agihan dividen secara keseluruhan pada 2023,” katanya.

 

Co-opbank Pertama umum dividen ADK-KWRS, 3.6 peratus

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button