Media Prima kekalkan keuntungan semasa cabaran pasaran

Media Prima kekalkan keuntungan semasa cabaran pasaran

Media Prima kekalkan keuntungan semasa cabaran pasaran

Kuala Lumpur: Kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan prestasi kewangan bagi sembilan bulan (9MFY24) dan suku yang berakhir pada 31 Mac 2024 (3QFY24).

Media Prima merekodkan hasil sebanyak RM650.9 juta bagi tempoh sembilan bulan, meskipun berdepan dengan rasionalisasi perbelanjaan oleh beberapa pengiklan utama ekoran persekitaran ekonomi yang mencabar dan kesan ketidakpastian geopolitik.



Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM27.9 juta bagi tempoh sembilan bulan itu hasil daripada peningkatan kecekapan operasi, pengoptimuman kos, dan peningkatan pendapatan operasi lain.

Bagi 3QFY24 pula, Media Prima mencatatkan hasil sebanyak RM213.2 juta dan PAT sebanyak RM1.9 juta.

Media Prima kekalkan keuntungan semasa cabaran pasaran
SYED Hussian.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid berkata, industri media sedang berhadapan dengan ketidakpastian ekonomi dan pergolakan politik di peringkat global.

Beliau berkata, walaupun cabaran ini dijangka berterusan dalam tempoh masa terdekat, kumpulan komited untuk melaksanakan strategi bagi menjana pertumbuhan untuk masa hadapan.

“Pelan perniagaan tiga tahun kami memberi hala tuju yang komprehensif untuk terus menjana nilai yang tiada tandingan bagi penonton dan pengiklan berpandukan pada kekuatan jenama.

“Kami akan memanfaatkan kekuatan jenama kami dengan pengurusan kos yang optimum untuk memastikan kejayaan Kumpulan sejajar dengan jangkaan pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan.



Media Prima kekalkan keuntungan semasa cabaran pasaran
RAFIQ,

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, berkata :”Prestasi yang dicapai Kumpulan di kala ketidaktentuan global ini membuktikan keupayaan kami untuk terus berdaya saing.

“Kebolehan ini adalah hasil daripada usaha berterusan Media Prima untuk meningkatkan kecekapan prosedur dalaman, mengukuhkan lagi kedudukan platform-platform media dengan menyediakan inventori kandungan premium dan menjana peluang pendapatan baharu.

“Kumpulan menyedari kepentingan landskap pengiklanan tempatan dan akan terus menekankan kepentingan pengurusan operasi dan kos.”

Media Prima akan terus menawarkan penyelesaian inovatif dan kandungan yang menarik di pelbagai platform media untuk memenuhi keperluan pengiklan dengan berkesan.



Selain daripada pencapaian komersial, Media Prima tetap komited terhadap inisiatif alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (Environmental, Social and Governance – ESG) dan secara aktif berusaha untuk memupuk perubahan positif dalam komuniti.

Kumpulan menyalurkan pelbagai bantuan hasil daripada sumbangan masyarakat.

Media Prima kekalkan keuntungan semasa cabaran pasaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button