Syatilla Melvin Dedah Reaksi Mak Semasa Ambil Keputusan SPM Untuknya! [VIDEO]
“Punya Laju Dia Balik Lepas Tu…”
Syatilla Melvin Dedah Reaksi Mak Semasa Ambil Keputusan SPM Untuknya! [VIDEO]
Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Hahaha Adoi, Lawak Sungguh Hampa Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anis.pana yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 250 ribu, tanda suka sebanyak 15 ribu dan sebanyak 84 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin bersama adiknya iaitu Syida Melvin memberitahu reaksi ibu mereka ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia untuknya itu.
“Result SPM bukan aku yang pi ambil, Mak yang pi ambil sebab aku kat KL masuk Dewi Remaja”-Kata Syatilla Melvin
“Mak aku pi ambil result spm punya laju dia balik, Laju lah balik sebab taknak jumpa Cikgu-cikgu”-Tambah Mereka
@anis.pana Tahniah adik adik SPM
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka mengatakan bahawa mereka juga sama kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang namun berjaya dalam bidang kerjaya.
Syatilla Melvin Dedah Reaksi Mak Semasa Ambil Keputusan SPM Untuknya! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti
- Terdedah Ada Pihak Yang Sewakan Tanah Rizab DBKL Kepada Warga Asing
- Banyak fakta perbicaraan kes 1MDB Tanore tidak dilaporkan oleh Media
- Mahathir bising lagi, , tapi orang sudah tidak ambil peduli .