Enjin kapal terbang ‘makan’ korban manusia

Oleh – Syeikh Baran


Enjin kapal terbang ‘makan’ korban manusia
KEMALANGAN berlaku di hadapan penumpang pesawat KLM di Lapangan Terbang Schiphol. – EPA

Seorang individu terbunuh selepas terjatuh dan ‘disedut’ masuk ke dalam enjin sebuah pesawat milik syarikat penerbangan  KLM, demikian menurut  akhbar Metro UK semalam. 

Kemalangan ngeri itu berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Schiphol, Belanda.  



“Penerbangan 1341 itu seharusnya berlepas dari Amsterdam ke Billund di Denmark,” lapor media tempatan. 

Namun, tidak jelas sama ada mangsa merupakan penumpang atau kakitangan lapangan terbang berkenaan.

Polis Tentera Diraja Belanda berkata menerusi platform X: “satu kejadian berlaku petang ini (semalam) di lapangan Schiphol, di mana seorang individu terjatuh dan disedut  ke dalam enjin pesawat yang sedang hidup.

“Mangsa meninggal dunia manakala semua penumpang dan kru kabin telah dipindahkan,” tambahnya. 



Sementara itu, KLM  memberitahu bahawa pihaknya telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button