Penyaman udara bunyi bising, lelaki berdepan denda RM31,000

Oleh – Syeikh Baran


Penyaman udara bunyi bising, lelaki berdepan denda RM31,000
GAMBAR fail menunjukkan penyaman udara di sebuah bangunan. – Foto AFP

Seorang lelaki di bandar Willoughby, Sydney berdepan hukuman denda sehingga AUD$10,000 (RM31,220) jika dia terus menggunakan penyaman udara di rumahnya yang berbunyi bising, lapor VnExpress semalam.

Perkara tersebut telah menimbulkan aduan daripada jiran-jiran lelaki dikenali sebagai George itu, yang tidak tahan dengan bunyi tersebut.



Satu surat amaran yang dikeluarkan awal minggu ini oleh Majlis Bandaraya Willoughby memetik aduan daripada jiran-jiran George berhubung bunyi yang disebabkan oleh penyaman udara itu.

Menurut laporan stesen radio 2GB, George kini mempunyai dua pilihan iaitu mengendalikan penyaman udara pada waktu terhad atau menggantikannya dengan model yang lebih senyap.

Menurut Akta Operasi Perlindungan Alam Sekitar 2017, perbuatan menggunakan pendingin hawa yang menyebabkan gangguan bunyi adalah dilarang sama sekali. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button