Pengemis ludah pengunjung enggan beri wang

Oleh – Syeikh Baran


Pengemis ludah pengunjung enggan beri wang
Pengemis tersebut pernah didatangi oleh anggota keselamatan – Dok. Jogomaton

Seorang pelancong mengalami pengalaman pahit ketika berkunjung ke kota Jogjakarta apabila dia diludah oleh pengemis di kawasan beli-belah terkenal, Malioboro, lapor laman berita Detik.

Aksi pengemis warga emas itu dirakam, manakala video kejadian menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram.



Dalam video tersebut, warga emas yang kelihatan membongkok dan berpakaian hitam itu dilihat meminta derma daripada beberapa orang pengunjung.

“Sekadar peringatan untuk kawan-kawan yang bercuti atau berjalan-jalan di sepanjang Jalan Malioboro. Jika terjumpa pengemis ini memang akan berasa kesian, tetapi kalau kita tidak memberikan apa yang dia minta, dia akan meludah muka kita sambil menyumpah seranah. Jadi, sila berhati-hati semua,” kata keterangan video tersebut.

Ketua polis setempat, Octo Noor Arafat berkata, pengemis itu pernah ditahan oleh anggota unit rondaan dan dia telah diberi nasihat agar tidak bertindak seperti itu.

“Ya, dia seorang pengemis dan dia agak dikenali dengan sikapnya yang gemar merungut jika pengunjung tidak memberi wang kepadanya,” kata Noor Arafat ketika dihubungi semalam.



Noor Arafat menjelaskan bahawa pihaknya terus melakukan rondaan secara bergilir-gilir, namun warga emas tersebut masih belum ditemui oleh anggota bertugas. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button