5 ekor gajah mati bergelimpangan termakan racun

Oleh – Syeikh Baran


5 ekor gajah mati bergelimpangan termakan racun
SALAH seekor gajah ditemui mati berhampiran Felda Kahang Timur, Kluang hari ini.

Lima ekor gajah ditemui mati berhampiran Felda Kahang Timur dipercayai termakan racun di kebun buah-buahan penduduk Kampung Sri Timur di sini pagi hari ini.

Penemuan bangkai gajah itu mula tular dalam aplikasi WhatsApp dan Facebook awal pagi tadi selepas disebarkan seorang penduduk di kawasan berkenaan.



Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin bagaimana pun berkata, kejadian itu masih dalam siasatan pihaknya.

“Sedang dalam siasatan,” katanya ketika diminta mengulas kejadian yang tular itu hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, akan mengarahkan Perhilitan Johor untuk membuat siasatan segera.

“Saya akan minta Perhilitan untuk tengok dan siasat kejadian ini,” katanya ketika dihubungi.



Sebelum ini Perhilitan Johor sudah mengenal pasti tiga kawasan lintasan gajah di negeri itu iaitu Jalan Kahang-Jemaluang, Jalan Kota Tinggi-Mersing dan Jalan Kluang-Kota Tinggi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button