Jangan sentuh isu 3R – Fahmi Fadzil

Oleh – Syeikh Baran


Jangan sentuh isu 3R – Fahmi Fadzil
Fahmi ketika berucap pada Karnival Kita Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pusat Perumahan Rakyat Kerinchi, Kuala Lumpur hari ini.-Foto SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Netizen diseru untuk tidak menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) dan berhati-hati dalam mengulas isu pemandu grab OKU (Orang Kurang Upaya) yang didakwa diserang oleh pegawai pengiring rombongan kenamaan beberapa hari yang lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, rakyat perlu berwaspada apabila menyampaikan pandangan serta tidak melampaui batas jika tidak mahu diambil tindakan.



“Semua pihak telah memberikan pandangan, malah Ketua Polis Negara juga telah mengeluarkan kenyataan. Bagi saya, kita perlu serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Kita juga sudah mendapat jaminan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa siasatan akan dilakukan dan kita mestilah letakkan kepercayaan kepadanya,” katanya ketika menghadiri perasmian Karnival Kita Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Selain itu, Fahmi berpesan untuk tidak melontarkan komen pakai buang atau dipanggil ‘throw away comment’ kerana itu adalah sikap yang tidak baik.

Tambahnya, jika seseorang memberi komen tanpa maklumat penuh, itu akan menyukarkan keadaan dan diri sendiri.



Terdahulu, salah faham arahan merupakan punca seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dipukul individu yang merupakan pengiring kepada rombongan terkenal, di lobi sebuah hotel, di ibu negara, selasa yang lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button