Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni, campak dalam sungai

Oleh – Syeikh Baran


Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni, campak dalam sungai
Tangkap layar video memaparkan kucing yang diselamatkan selepas dibungkus dalam guni dan dicampak di dalam sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang.

Tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam dikesan apabila ada individu sanggup menyumbat kucing di dalam guni berikat sebelum dicampak ke dalam sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang.

Persatuan Haiwan Malaysia menerusi kenyataan berkata, ia kejadian kali kedua dikesan penduduk disana yang didakwa dilakukan individu dikenali.



Jelas kenyataan itu, perbuatan kejam itu sempat ditonton oleh saksi yang sering melihat ‘bungkusan’ guni berisi kucing hidup di dalam sungai.

“Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jelutong, Timur Laut, Pulau Pinang pada pukul 11.58 pagi tadi supaya penjenayah yang melakukan aksi jenayah haiwan ini dapat diheret ke muka pengadilan.

“Kes jenayah haiwan ini mempunyai cukup saksi yang mengenali pelaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan itu, pihaknya berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap pelaku yang masih bebas.



“Tindakan boleh diambil mengikut Sistem Keadilan Jenayah Haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Diharap penjenayah haiwan yang didakwa telah beberapa kali melakukan jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan ini disiasat dan diambil tindakan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button