SPRM terima maklumat baharu kes babit suami menteri

Oleh – Syeikh Baran


SPRM terima maklumat baharu kes babit suami menteri
SPRM terima maklumat baharu kes babit suami menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima beberapa maklumat baharu berhubung projek pengangkutan membabitkan suami kepada seorang menteri.

Menurut sumber, aduan dan maklumat yang diterima itu sekali gus memberikan beberapa petunjuk baharu kepada SPRM untuk diteliti.



“Justeru itu, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baharu tersebut.

“Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan melalui proses pelantikan syarikat berkenaan oleh Kerajaan Selangor,” katanya tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan berhubung beberapa aduan dan maklumat telah diterima berkenaan dengan isu terbabit.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi serta membincangkan isu ini secara terbuka, sebaliknya memberi ruang untuk SPRM melaksanakan siasatan,” tegasnya.



Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan, pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan dalam siasatan interim (awal), namun demikian sekiranya adanya petunjuk baharu (new lead), siasatan lanjut boleh dijalankan ke atas isu tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button