Dua kanak-kanak nyaris maut kereta dihempap pokok di Jalan Kapar

Oleh – Syeikh Baran


Dua kanak-kanak nyaris maut kereta dihempap pokok di Jalan Kapar
Keadaan kereta mangsa yang dihempap pokok Jalan Kapar Batu 6, Klang.

Dua kanak-kanak antara lima individu yang nyaris maut apabila dua kereta dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Kapar Batu 6 di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3.10 petang yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40-an itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 3.10 petang.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kereta Toyota Altis dan Perodua Bezza itu dihempap pokok.

“Semua mangsa termasuk dua kanak masing-masing lelaki dan perempuan bagaimanapun terselamat selepas keluar sendiri dari kenderaan itu sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi.



Difahamkan, kereta Bezza itu dinaiki empat sekeluarga manakala Altis melibatkan seorang mangsa.

Tambah Ahmad Mukhlis, usaha memotong dan mengalihkan pokok itu sedang giat dilakukan bomba.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button