Mahathir cakap degar degar tapi masih gagal isytihar harta.

 

Oleh Adam Malik

Seminggu lalu dari tarikh artikel ini ditulis Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysian telah melanjutkan lagi tempoh untuk Mahathir dan anak nya menyelesaikan masalah isytihar harta keluarga mereka.



Sudah beberapa kali tempoh diberi dan minta tempoh baru oleh Mahathir dan keluarga nya.

Baru baru ini Ketua Pengarah SPRM Datuk Azam Baki memberi kenyataan bahwa pihak SPRM bersetuju melanjutkan lagi tempoh untuk memberi ruang kepada Mahathir dan anak anak nya membida masa untuk persiapan mengumumkan harta harta milik anak anak Maahathir dan Mahathir sendiri.

Apa sebenarnya pada pengisytiharaan harta keluarga Mahathir?



Tentu banyak masalah nya kerana membabit siasatan lanjut apabila harta sudah diisytiharkan.

Dari mana ia datang? Sumber mana ia di perolehi dan bagaimana cukai cukai nya sudah dibayarkah dan semua  berkaitan nya.

Bagi rakyat biasa sudah tentu tidak bermasalah namun ia masalah besar bagi Mahthir dan anak anak nya.



Jika hendak di teliti , misalnya pembelian Syarikat arak sebuah negara , dari mana sumber berbilion diperolehi untuk membeli nya?

Loan dari bank mana dan apa “collateral” untuk mendapat pinjaman membeli Syarikat gergasi luar negara itu?

Sejak kebelakangan ini, Mahathir sangat aktif di media dengan kenyataan kenyataan nya.

Ia seolah olah untuk mengalih perhatian bahawa dia dan anak anak nya masih belum dapat umum harta mereka untuk diserah kepada SPRM.



Mahathir sempat petik nama Najib Razak dalam wawancara bersama seorang bekas peguam menyatakan pengampunan Najib Razak tidak sepatut kerana ada rakyat yang mencuri RM100 pun tidak dapat pengampunan , maka amat tidak wajar jika Najib Razak diberi pengampunan.

Mahathir terlalu tua untuk ulas bagaimana kes dilaksanakan dengan penuh kecurigaan dan ketidakadilan bahkan tiada bukti diperolehi selain hanya perguna pendapat hakim sahaja.

Selain itu Mahathir juga cuba alih tumpuan rakyat apabila kroni dan proksi nya Bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zety Aziz kantoi mnjawab dimahkamah dengan banyak percanggahan.



Jawapan Zeti tidk konsisten pada Media dan didalam mahkamah.

Ini mudah difaham kerana ramai rakyat sudah tahu bahawa kes 1MDB adalah kes “Make believe” ciptaan Mahathir dan kuncu kuncunya.

Itu sebab Zeti dan Nazlan Ghazali tidak didakwa dakwa lagi.



Zeti di umumkan oleh makhkamah Amerika secara sah sebagai telah menerima sogokan dari Goldman Sach untuk membuat ‘overnight approval”.

Bebalik kepada Mahathir, selain hal diatas, Mahathir juga mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk ke Switzerland untuk membawa pulang ratusan billion yang konon beliau curi jika benar ada wang curi oleh Mahathir disimpan dinegara itu.

Semua dilakukan oleh Mahathir semata mata mahu alih tumpuan dari kegagalan keluarganya mengisytihar harta ikut tempoh yang dberi dan juga kegagalan kroni menjawab dimahkamah.

Jika satu waktu duku Najib Razak langsung tidak diberi tempoh untuk apa apa sahaja pemintaan, lain pula dengan Mahathir, terlalu banyak kelonggaran diberi.

Bagi kes RCI yang akan datang , Mahathir meminta supaya Tun Raus di tolak dari ada bersama panel siasatan.

Pelbagai alasan Mahathir beri jika seseorang itu bukan dari golongan yang dikawal oleh nya.

Mahathir terlupa Najib Razak dan Rosmah Mansor mohon mendiang Sri Ram digugurkan banyak kali tetapi gagal.

Sri Ram terbabit kerumah Tan Sri Appandi Ali atas arahah Mahathir untuk mendesak Appandi menangkap Najib Razak.

Begitulah konflik kepentingan Sri Ram tetapi seluruh dunia dapat menilai mahkamah Malaysia.

Maka, dengan lanjutan tempoh diberi oleh SPRM kepada keluarga Mahathir, diharap Mahathir tumpu kepada hal ini dan tidak menyibuk dengan urusan lain seperti mana pihak pihak yang pro kepada Mahathir pernah mengkritik Najib Razak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button