Ada Cahaya Yang Di Berikan Mahkamah Dalam Semakan Kehakiman Titah Adendum

Ada Cahaya Yang Di Berikan Mahkamah Dalam Semakan Kehakiman Titah Adendum

Ada Cahaya Yang Di Berikan Mahkamah Dalam Semakan Kehakiman Titah Adendum

 

Mahkamah benarkan permohonan DS Najib untuk memasukkan dua afidavit bagi menyokong permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya menjalani tempoh tahanan di rumah selama 6 tahun.

Dua afidavit itu dari Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dan juga Naib Presiden UMNO, DS Wan Rosdy Wan Ismail.



Sebelum ini, DS Zahid, pada pertengahan April lepas telah memfailkan untuk menyokong dakwaan DS Najib mengenai kewujudan titah adendum Di Raja tersebut.

Dalam afidavit tersebut, DS Zahid berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Tengku Zafrul.

Ia ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu.

“Apabila saya menyoal lebih lanjut, beliau menunjukkan kepada saya salinan Titah Adendum itu pada telefonnya.”



“Beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.”

“Kandungan titah adendum secara jelas menyatakan bahawa pemohon dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan, kepada tahanan rumah.”

“Dan bukannya secara pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.”

“Saya juga melihat titah adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 yang mempunyai meterai dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong ke-16.”



“Saya seterusnya mengesahkan bahawa titah adendum itu adalah tulen.”

“Dan sebenarnya adalah Titah Prerogatif Diraja sama seperti Titah Utama,” jelas DS Zahid.

Pada penghujung bulan Mei lepas, Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy, pula memfailkan afidavit yang menyokong dakwaan DS Najib mengenai titah adendum tersebut.

“Tengku Zafrul telah memberitahu bahawa ke bawah YDP Agong XVI telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan.”



“Keputusan pertama iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.”

“Kedua, dengan terbit keputusan pertama, ke YDP Agong XVI telah mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum).”

“Yang memerintahkan supaya pemohon menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara,” jelas beliau.

Mahkamah Tolak Afidavit yang Di Failkan Tengku Zafrul

 



Sebelum Wan Rosdy memfailkan afidavit beliau, mahkamah telah menolak permohonan Tengku Zafrul untuk memfailkan afidavit bagi isu yang sama.

Dalam afidavit tersebut, Tengku Zafrul mendakwa berlaku kesilapan fakta ke atas afidavit yang difailkan oleh DS Zahid.

Dengan keputusan mahkamah yang menolak afidavit Tengku Zafrul dan membenarkan afidavit yang difailkan oleh DS Zahid dan Wan Rosdy, kita mengharapkan ada sinar baharu bagi keadilan buat DS Najib.

Ada Cahaya Yang Di Berikan Mahkamah Dalam Semakan Kehakiman Titah Adendum

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button