Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Terima Rasuah

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Terima Rasuah

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Terima Rasuah

 

Anak Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainudin didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.

Muhammad Faisal, 40, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rozina Ayob.



Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan itu daripada seorang individu sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Per My Solutions sebagai konsultan pemasaran disebabkan pengaruh yang dimilikinya.

Seterusnya dua syarikat itu dibayar komisen berjumlah RM700,000.

Ianya selepas Heitech Padu dianugerahkan tender ‘Supply, Rental, Implementation, Training, Support and Maintenance of Security Infrastructure’ bernilai RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pejabat di Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, di sini pada Mac 2018 lalu.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan.

Atau jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat mencadangkan beliau diberi ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.



Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM di sini dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini anak Menteri Besar Perlis didakwa atas jenayah rasuah yang melibatkan pejabat Menteri Besar Perlis.



Lebih menyedihkan ianya termasuk tuntutan palsu ke atas bekalan air mineral kepada DYMM Sultan Perlis yang sedang dirawar di hospital.

Tapi nak buat macam mana, bukankah PN itu BeST, Bersih dan Stabil, tak gitu…

 

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Terima Rasuah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button