Rakyat Masih Menunggu Respon Kerajaan Terhadap Kenyataan Tengku Zafrul

Rakyat Masih Menunggu Respon Kerajaan Terhadap Kenyataan Tengku Zafrul

Rakyat Masih Menunggu Respon Kerajaan Terhadap Kenyataan Tengku Zafrul

 

Kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul, berhubung pejualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) sangat mengejutkan.

Bukan sahaja kerana GIP adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh BlackRock, syarikat yang sememangnya dikenali sebagai penyokong tegar Zionis, Israel.



Tetapi Anwar Ibrahim, atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri Malaysia pernah menafikan penjualan tersebut secara terbuka.

Malah Anwar menuduh ianya adalah pembohongan yang dilakukan pihak tertentu untuk memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan.

Penulis bukan penyokong mana-mana parti politik, tetapi bagi penulis, kerajaan terutamanya pemimpin negara mesti bersikap telus dalam pentadbiran negara.

Dalam mempertahankan keputusan kerajaan menjual saham MAHB kepada GIP, Tengku Zafrul berkata, BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.



BlackRock juga merupakan pemegang saham terbesar Apple, tambah beliau.

“Semua yang memiliki (produk) Apple, jika anda benar-benar menentang, anda tidak sepatutnya menggunakannya.”

“Siapa pemegang saham terbesar WhatsApp?”

“Siapa pemegang saham terbesar Facebook?”



“Jadi, di mana kita nak putuskan garis pemisah?”

“Dalam dasar, di mana kita gariskannya?”

“Namun, sudah tentu, mungkin kita kena buat lebih lagi.”

“Bagi saya, kita perlu lihat perkara ini secara holistik,” kata Tengku Zafrul dalam Madani Economy Townhall di Universiti Malaya.



Dapat kita fahami, kenyataan Tengku Zafrul itu sebenarnya adalah pengakuan bahawa isu penjualan saham MAHB kepada GIP adalah benar dan bukan berita palsu.

Tetapi kenyataan Tengku Zafrul jelas bertentangan dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Dalam sidang media di Kazakhstan, Anwar menafikan berlakunya transaksi penjualan saham MAHB kepada GIP.

“Dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu semata-mata bertujuan untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan.”



“Tiada apa-apa yang positif daripada mereka, hanya menimbulkan kebencian dan iri hati,” dakwa Anwar.

Namun sangat mengecewakan penulis apabila seorang yang bertaraf menteri membuat perbandingan yang langsung tidak relevan dalam menjawab isu tersebut.

Kerajaan boleh mengawal penjualan saham MAHB kepada GIP, tetapi bolehkah kerajaan mengawal saham Apple?

 



Rakyat Masih Menunggu Respon Kerajaan Terhadap Kenyataan Tengku Zafrul

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button