Fahmi Moin peguam baharu ibu bapa Zayn Rayyan

Oleh – Syeikh Baran


Fahmi Moin peguam baharu ibu bapa Zayn Rayyan
Peguam Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau telah dilantik bagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan.

Peguam Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ya betul, baru dilantik oleh pihak keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.



Pagi tadi, peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili pasangan suami isteri itu bermula hari ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.



Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button