Pesara putih mata, RM4.74 juta ‘lesap’

Oleh – Syeikh Baran


Pesara putih mata, RM4.74 juta ‘lesap’
Gambar Hiasan

Seorang bekas pesara swasta terpaksa berputih mata apabila kerugian sebanyak RM4.74 juta selepas tertipu pelaburan tidak wujud.

Mangsa merupakan berusia 63 tahun itu membuat 42 transaksi pemindahan wang dalam talian bermula pertengahan Mac hingga hujung bulan lalu.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira pukul 12.32 tengah malam tadi di Balai Polis Seksyen 9 di sini.
Katanya, siasatan mendapati mangsa terjenam selepas melihat iklan pelaburan saham di laman sosial Facebook.

“Mangsa telah dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi WhatsApp dan diminta untuk membuka satu akaun pelaburan iaitu Foreign Direct Investment (FDI) Hub bertujuan untuk melabur dalam pasaran saham tempatan.

“Pengadu dijanjikan keuntungan antara 11 hingga 13 peratus daripada nilai pelaburan dan kadar peratusan keuntungan akan semakin meningkat sekiranya semakin lama pelaburan dibuat mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudiannya telah melakukan apa yang diarahkan termasuk membuat 42 transaksi pembayaran berjumlah RM4.74 juta.



Bagaiamanapun, Mohd. Iqbal menegaskan mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun bank miliknya ketika ingin membuat pengeluaran setelah keuntungan mencapai RM11.3 juta.

“Justeru, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button