Warga asing ditegur, rakam wanita tidur dalam bas

Oleh – Syeikh Baran


Warga asing ditegur, rakam wanita tidur dalam bas
Tangkap layar lelaki warga asing didakwa merakam menghalakan kamera telefon ke arah seorang wanita yang tidur di kerusi penumpang sebelahnya.

Seorang lelaki warga asing didakwa cuba mengambil kesempatan ke atas seorang penumpang wanita yang sedang tidur di dalam sebuah bas.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna di TikTok, seorang warga asing membuat panggilan video kepada rakannya ketika bas tersebut dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang.



Difahamkan, lelaki itu dilihat menghalakan kamera telefon ke arah seorang wanita yang tidur di kerusi penumpang sebelahnya.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit dilihat menunjukkan isyarat ‘tanda suka’ kepada rakannya.

Sementara itu, pengguna TikTok yang berkongsi video tersebut menegur perbuatan lelaki asing berkenaan, namun dia menafikan perkara itu.

“Jangan buat macam itu, saya nampak kamu rakam. Jangan tunjuk (hala) telefon kamu pada perempuan itu,” katanya.



Di ruangan kapsyen, pemilik video itu menitipkan pesanan kepada orang ramai terutama wanita supaya lebih berhati-hati ketika menaiki atau berada dalam bas.

“Jangan naik bas solo terutama kaum perempuan sebab takut benda macam ini berlaku. Saya naik bas dari Muar ke Pulau Pinang. Lagi satu jangan takut bersuara jika perkara sebegini berlaku di depan mata,” ujarnya.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman berdepan situasi sama seperti di dalam video tular tersebut.

“Pernah jadi dulu, sebelum saya tidur saya nampak telefon dia menghala ke tempat duduk saya,” kata seorang netizen.



“Saya pernah juga kena macam ini, mereka suka membuat panggilan video dengan rakan-rakan. Telefon bukan menghadap mereka tetapi orang lain,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

“Sebab itu saya ambil tempat duduk solo (single) sebab pernah jadi kepada saya semasa belajar dulu,” luah seorang lagi netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button