Bakal pengantin baru jadi mangsa cemburu

Oleh – Syeikh Baran


Bakal pengantin baru jadi mangsa cemburu
Mangsa berada di rumah suspek untuk melakukan pembayaran telefon bimbit yang dibelinya sebelum dibunuh. – POLIS PATI

Seorang gadis berusia 21 tahun dibunuh oleh seorang lelaki seminggu sebelum dia dijadualkan melangsungkan perkahwinan, lapor saluran berita Kompas.com semalam. 

Kejadian berlaku di Desa Ronggo, wilayah Jawa Tengah pada Selasa lepas. 



Motif jenayah itu dipercayai disebabkan mangsa menolak cinta suspek yang juga berusia 21 tahun.

Difahamkan, mangsa bakal berkahwin dengan seorang lelaki lain pada 10 Jun ini, manakala  keluarganya tidak merestui hubungan anak mereka dengan suspek. 

Menurut ibu mangsa, anak perempuannya dan suspek hanya sekadar kawan biasa.

“Mereka tidak pernah menjalinkan hubungan cinta. Hanya kawan biasa tetapi suspek memang menyukai anak saya tetapi anak saya tidak membalasnya,” kata ibu mangsa. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pati, Komisioner M Alfan Armin berkata, leher mangsa dikelar dan mayatnya ditemui di rumah suspek. 



“Siasatan awal mendapati motif suspek adalah cemburu kerana cintanya ditolak dan mangsa mahu berkahwin dengan lelaki lain,” katanya. 

Suspek kini ditahan dan kes masih lagi dalam siasatan polis. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button