Netizen ‘terdesak’ nak tahu kesudahan kes Zayn Rayyan

Oleh – Syeikh Baran


Netizen ‘terdesak’ nak tahu kesudahan kes Zayn Rayyan
Ibu bapa Zayn Rayyan (gambar kecil) ketika tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, baru-baru susulan permohonan sambung reman oleh polis sebelum ini.

Kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin kembali kecoh di media sosial sejak ibu bapa kanak-kanak autistik itu ditahan reman, baru-baru ini.

Menerusi tinjauan Kosmo!, rata-rata netizen juga rancak membuat spekulasi masing-masing mengenai kes berkenaan.



Malah, mereka meluahkan rasa tidak sabar ingin tahu kesudahan kes terbabit yang diramal akan terungkai tidak lama lagi.

“Saya yakin pelaku tidak akan terlepas. Sikit masa lagi semua akan terbongkar,” kata Nur Yuri.

“Terasa berdebar-debar takut siapa pelakunya yang kejam,” luah @junaidah82.

“Tak terkata-kata, semoga kes ni dapat dirungkai segera,” ujar @lenalin.



“Hormati mahkamah dan polis. Kita orang luar, tunggu saja keputusan daripada pihak berkuasa,” pesan @Kim.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dibawa ke kediaman mereka di blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Difahamkan, wanita itu tiba kira-kira pukul 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.

Dia dilihat diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada pukul 11.06 pagi dipercayai menuju ke arah sungai lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada malam 6 Disember lalu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button