Wanita dipecat majikan angkuh kerana ambil cuti sakit

Oleh – Syeikh Baran


Wanita dipecat majikan angkuh kerana ambil cuti sakit
SEORANG wanita dipecat majikannya kerana dia mengambil cuti sakit di Mumbai. – Foto AFP

Seorang wanita yang menjadi intern  dipecat oleh majikannya hanya kerana dia mengambil cuti sakit dalam kejadian di kota raya Mumbai,  lapor akhbar Hindustan Times semalam.

Wanita terbabit menggunakan platform media sosial untuk berkongsi pengalaman yang telah menyebabkan dia diselubungi perasaan kecewa. 



Katanya, dia berpindah dari Pune ke Mumbai untuk bekerja dengan sebuah firma guaman tetapi kemudian dipecat selepas tidak hadir ke pejabat kerana demam.

“Saya keliru  kerana saya tekun melaksanakan tugas dan tiada rakan sekerja yang mempunyai sebarang aduan tentang kerja saya,” katanya. 

Apabila menghubungi bahagian sumber manusia untuk bertanya tentang punca dia diberhentikan kerja, wanita itu  diberitahu bahawa keputusan tersebut dibuat oleh rakan kongsi majikannya.

Pada keesokannya, dia pergi menemui rakan kongsi itu dan jawapan yang diterima adalah mengejutkan.



“Ini adalah  firma saya. Saya boleh memecat sesiapa sahaja yang saya suka,” katanya. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button