Pengawal keselamatan maut mulut disumbat batu
Oleh – Syeikh Baran
Seorang pengawal keselamatan berusia hampir 60 tahun meninggal dunia akibat dibunuh oleh sekumpulan pencuri yang cuba melarikan seekor keldai, lapor akhbar CiberCuba semalam.
Kejadian berlaku di koperasi “Nuevo Mundo” di bandar Dos Caminos, wilayah San Luis.
Menurut polis, mulut mangsa diikat, manakala leher dan kepalanya ditikam.
Dia meninggal dunia selepas penyerang memasukkan batu ke dalam mulutnya.
Sementara itu, polis menahan beberapa suspek bagi membantu siasatan.
Seorang lagi suspek yang tinggal berhampiran lokasi kejadian, sempat melarikan dan masih diburu. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE