PRK Sungai Bakap: Polis P. Pinang kenal pasti lokasi ‘hot spot’

Oleh – Syeikh Baran


PRK Sungai Bakap: Polis P. Pinang kenal pasti lokasi ‘hot spot’
Polis Pulau Pinang sudah mengenal pasti lokasi hotspot sepanjang kempen PRK DUN Sungai Bakap nanti.

Polis Pulau Pinang mengenal pasti beberapa lokasi panas di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu yang akan bermula selepas penamaan calon 22 Jun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis telah berada pada tahap siap sedia tertinggi dalam persiapan untuk berdepan dengan PRK DUN Sungai Bakap.



“Ada beberapa kawasan ‘hot spot’ yang mungkin menjadi lokasi panas. Polis akan memastikan kelancaran proses PRK berkenaan dengan memastikan pengundi dalam keadaan selamat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Menurut Hamzah, bagi menghadapi PRK DUN Sungai Bakap sebanyak 1,000 anggota dan pegawai akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya tersebut.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button