Remaja maut, trak pikap dipandu abang terbabas rempuh tiang elektrik

Oleh – Syeikh Baran


Remaja maut, trak pikap dipandu abang terbabas rempuh tiang elektrik
Keadaan Toyota Hilux dinaiki mangsa yang terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA.

Seorang remaja perempuan maut selepas trak pikap yang dipandu abangnya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Huda Wafiah Eswady, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibunya mengalami cedera parah.



Pemandu trak pikap jenis Toyota Hilux yang merupakan abang mangsa, bapa dan seorang kakaknya hanya cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.17 pagi tadi.

“Anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.35 pagi sebelum mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terbabas dan melanggar tiang elektrik.

“Seorang remaja perempuan yang berada di tempat duduk belakang tersepit dan ibunya mengalami kecederaan,” katanya.



Nor Azizi memberitahu, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang hadir di lokasi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button