Rugi RM500, terperdaya ‘drama’ isteri nak bersalin, kad ATM lesap

Oleh – Syeikh Baran


Rugi RM500, terperdaya ‘drama’ isteri nak bersalin, kad ATM lesap
Gambar Hiasan

Seorang wanita berkongsi pengalaman malangnya selepas ditipu oleh seorang lelaki sehingga mengakibatkan kerugian RM500.

Dia yang menggunakan akaun TikTok @ejatejairah baru-baru ini mendakwa dirinya sudah menjadi mangsa ‘scammer’ kerana terperdaya dengan beberapa helah licik termasuk drama isteri bersalin.



Katanya, ketika hendak menuruni lif di sebuah pusat membeli-belah, secara tiba-tiba datang seorang lelaki yang kelihatan cemas sambil mengeluh berulang kali.

“Masa dalam lif aku main telefon tiba-tiba ada seorang abang ini bergegas masuk lif dan mengeluh. Tiba-tiba dia cakap kad bank kena telan dekat ATM jadi tak dpat nak keluarkan duit, isteri dia nak bersalin.

“Aku pun iyakan sahaja dan sambung main telefon. Bila nak keluar lif, lelaki itu tahan nak minta tolong,” katanya.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata ‘drama’ telah bermula apabila lelaki terbabit meluahkan hasrat untuk meminjam RM500 dan berjanji wang tersebut akan dikreditkan semula ke akaunnya.



“Mula-mula lelaki itu buat satu panggilan minta ayahnya ‘transfer’ RM500 ke akaun aku dan kemudian aku hanya perlu keluarkan semula duit itu untuk bagi lelaki tersebut. Aku pun rasa benda itu normal untuk aku tolong.

“Lama juga aku tunggu, duit tak masuk-masuk dalam akaun, lelaki itu pun dah buat beberapa kali panggilan kononnya sedang bercakap dengan ayahnya dan beberapa individu lain.

“Tiba-tiba lelaki itu menangis beritahu terlalu risaukan isteri, anak dia. Aku jadi serba salah, dah lah jenis cepat kesian. Akhirnya aku bagi pinjam dulu RM500,” katanya.

Dalam masa sama, lelaki tersebut berjanji akan segera pulangkan semula duit wanita itu selain meninggalkan nombor telefonnya untuk mudah dihubungi.



Bagaimanapun, beberapa jam kemudian nombor telefon yang diberikan itu gagal untuk dihubungi selain panggilan menerusi WhatsApp juga tidak dilayan. – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button