Proton rekod 5 juta unit pengeluaran
Proton rekod 5 juta unit pengeluaran
Kuala Lumpur: Proton pengeluar kereta nasional, berjaya mencapai satu lagi kejayaan dalam sejarah 41 tahunnya apabila ia merekodkan lebih lima juta unit pengeluaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, unit kelima juta yang dikeluarkan adalah Proton X90 Flagship dan ini adalah simbolik sejauh mana Proton berkembang sejak permulaan kerjasama dengan Geely.
“Proton sudah ditugaskan untuk memobilisasikan rakyat Malaysia dan mewujudkan ekosistem automotif tempatan apabila ia ditubuhkan pada 1983.
“Hari ini, kami terus memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal
- Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH
- Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri
Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil
Beliau berkata, kejayaan ini dibina atas perkongsian antarabangsa sejak permulaan kerjasama dengan Kumpulan Geely pada 2017, yang mana Proton sudah melancarkan empat model serba baharu bersama Geely.
“Proses berikutnya juga menaik taraf model rekaan tempatan selain memperkenalkan kecerdasan dan ketersambungan kepada barisan modelnya.
“Dengan penambahbaikan dalam kualiti produk, pelaburan dalam pengurusan selepas jualan dan alat ganti serta penubuhan rangkaian pengedar dengan bilangan cawangan 3S/4S tertinggi di Malaysia, aktiviti ini membawa kepada pertumbuhan jualan lima tahun berturut-turut dengan peningkatan yang sepadan dalam pengeluaran,” katanya.
Proton rekod 5 juta unit pengeluaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Mamat Nie Merepek?
- Mahathir, KJ Dan BlackRock, Teman Tapi Mesra
- Mahathir pamir pekung sendiri apabila bicara penjualan aset negara.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional