Selepas Pintu UiTM Dapat Di Pertahankan, Mengapa Pintu Matrikulasi Pula Hendak Di Robohkan?
Selepas Pintu UiTM Dapat Di Pertahankan, Mengapa Pintu Matrikulasi Pula Hendak Di Robohkan?
Sebelum ini kita dikejutkan oleh gerakan dari beberapa pihak yang menggesa supaya pintu UiTM di buka kepada bukan Bumiputera.
Alasan yang digunakan mereka adalah kerana negara kekurangan pakar kardiotoraks.
Agak pelik, kenapa secara tiba-tiba negara mengalami kekurangan pakar kardiotoraks, adakah kerana kita mempunyai dasar pendidikan yang salah?
Atau pakar kardiotoraks yang negara lahirkan banyak berkhidmat di negara yang menawarkan imbuhan yang lebih setimpal, kalau pun tidak lumayan?
Dan adakah dengan membuka pintu UiTM kepada bukan Bumiputera hanya satu-satu cara untuk menyelesaikannya.
Serta adakah dengan berbuat demikian, masalah tersebut akan dapat diselesaikan secara tuntas?
Kenyataan Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang mahu membuka pintu Kolej Matrikulasi kepada bukan Bumiputera yang mendapat 10A dalam SPM amat mengejutkan.
Alasan yang diberikan Anwar adalah untuk mengurangkan ketegangan dalam sistem pendidikan negara.
Apa maksud Anwar dengan ketegangan dalam sistem pendidikan negara?
Negara kita mempunyai lebih dari 400 institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dengan 20 buah IPTA dan lebih 400 buah IPTS.
Sekiranya 1 IPTA atau IPTS cuma mengambil 500 pelajar bagi satu sesi pengambilan dalam satu tahun, ini bermakna 200,000 tempat ditawarkan oleh IPTA dan IPTS seluruh negara.
Apakah jumlah calon yang layak melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS melalui SPM atau SPTM pernah mencecah angka 200,000 orang?
Jadi, mengapa perlu tunduk kepada polemik yang dijadikan tekanan pihak tertentu supaya membuka pintu Kolej Matrikulasi?
Jangan lupa kepada tujuan asal penubuhan program Matrikulasi pada tahun 1998.
DS Najib (ketika itu menjadi Menteri Pendidikan) menubuhkan program Matrikulasi adalah untuk pelajar Bumiputera.
Ianya untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Ia adalah selaras dengan Perkara 153(2) Perlembagaan Persekutuan.
Ini bermakna penubuhan Kolej Matrikulasi yang dikhaskan kepada Bumiputera adalah dilindungi di bawah perlembagaan.
Pelajar Bukan Bumiputera Boleh Membuat Pinjaman PTPTN Untuk Pembiayaan Pelajaran
Sekiranya kos pembiayaan pelajaran menjadi masalah kepada pelajar bukan Bumiputera, mereka boleh memohon pinjaman PTPTN untuk tujuan tersebut.
Tidak timbul isu ketiadaan tempat untuk mereka.
Selepas SPM mereka boleh menyambung pelajaran di peringkat STPM di mana-mana sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.
Hanya kerana mahu menjadi kerajaan popular dan mengekalkan undi kaum tertentu, jangan dikorbankan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu.
Pemimpin tidak boleh di satu masa mulut mereka berkata mereka melindungi sepenuhnya hak Bumiputera.
Tetapi di masa yang lain, tindakan mereka cuba menghapuskan satu persatu apa yang selama ini menjadi hak istimewa Bumiputera.
Hak Bumiputera adalah dilindungi oleh perlembagaan dan dipayungi oleh Raja Raja Melayu.
Dewan Rakyat sekali pun TIDAK BOLEH memindanya tanpa mendapat restu Majlis Raja Raja Melayu, apa lagi untuk memansuhkannya.
Selepas Pintu UiTM Dapat Di Pertahankan, Mengapa Pintu Matrikulasi Pula Hendak Di Robohkan?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Terdedah Punca Kemarahan Mahathir Kepada GIP
- Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih ‘Rindukan’ UMNO
- Berair Tuan Ibrahim Bila Kena Bidas Tentang Masalah Air Di Sungai Bakap