Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan

 

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan

 

NGO hak asasi KOMAS mengecam kempen membantah pengambilan pelajar bukan bumiputera untuk kursus tertentu di Universiti Teknologi Mara (UiTM).



Kempen tersebut digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (MPPUiTM) dengan menyeru supaya pelajar UiTM seluruh negara memakai baju hitam pada 16 Mei 2024.

KOMAS juga menyifatkan kempen tersebut sebagai tersasar.

“Malaysia menghadapi kekurangan kritikal pakar, terutama dalam bidang seperti pembedahan kardiotoraks.”

“Kekurangan ini menjejaskan semua rakyat Malaysia.”



“Keputusan mengekalkan eksklusiviti untuk bumiputera dalam semua kursus tidak selaras dengan keperluan negara pada masa ini.”

“Menafikan individu berkelayakan untuk mendapatkan latihan hanya kerana kaum menghalang kemajuan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.”

“Kedudukan istimewa” bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti yang dinyatakan oleh perangka dasar itu, Tun Dr Ismail hanyalah sebagai langkah sementara untuk membolehkan mereka berdaya saing dengan kaum lain.”

“Mengekalkan eksklusiviti Bumiputera dalam bidang yang sangat memerlukan profesional berkemahiran menghalang kemajuan negara dan meneruskan ketidaksamaan.”



“MPP UiTM perlu mengambil pendekatan yang lebih bernuansa.”

“Mencadangkan kursus atau program yang mempunyai kekurangan kritikal seperti latihan pembedahan kardiotorasik dibuka kepada bukan Bumiputera.”

“Sementara mengekalkan fokus terhadap Bumiputera dalam program lain.”

“Langkah itu membolehkan semangat DEB terus diangkat dan pada masa sama menangani keperluan negara yang mendesak.”



“Semua pihak menunjukkan empati terhadap doktor bukan bumiputera yang terkesan dalam isu ini.”

“Kerajaan perlu mengadakan dialog membina dengan semua pemegang taruh bagi mengimbangi hak bumiputera dengan kepentingan nasional.”

“Kemahiran seorang pakar bedah jantung bukan ditentukan oleh kaum, tetapi kemampuan untuk merawat jantung.”

Kenyataan Komas itu adalah sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pembedahan Toraks dan Kardiovaskular Malaysia (MATCVS).



“Kelewatan rawatan adalah punca berlakunya satu kes kematian seminggu di kemudahan rawatan kardiotoraks Kementerian Kesihatan (KKM),” dakwa KOMAS.

Kenyataan KOMAS itu adalah sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pembedahan Toraks dan Kardiovaskular Malaysia (MATCVS).

Kepentingan Rakyat Di Gunakan Sebagai Topeng Sifat Rasis KOMAS

 

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan (2)



 

Apa dan siapa yang berada di belakang KOMAS?

KOMAS adalah sebuah pertubuhan hak asasi manusia bukan kerajaan yang ditubuhkan pada Ogos 1993 bagi memperjuangkan demokrasi dan anti-diskriminasi.

Selain itu, KOMAS juga memperjuangkan menentang perkauman dan diskriminasi perkauman di Malaysia.

Selain dari menyokong advokasi hak orang asli di Semenanjung Malaysia.

Untuk rekod, KOMAS merupakan NGO yang paling lantang mendesak kerajaan meratifikasi ICERD sejak tahun 2013.

Pada pandangan penulis, kenyataan yang dibuat KOMAS adalah kenyataan yang sangat biadab dan tidak berpelembagaan.

Dasar UiTM yang hanya membuka pintu hanya kepada Bumiputera adalah sah di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan UiTM.

Ianya tidak boleh diubah oleh parlimen tanpa mendapat persetujuan dari Raja Raja Melayu.

KOMAS mendakwa mereka menyokong advokasi hak orang asli di Semenanjung.

Timbul 2 persoalan di sini.

Apakah KOMAS tidak mengiktiraf kedudukan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak?

Dan bukankah orang asli di semenanjung adalah termasuk dalam kaum Bumiputera, mengapa hanya bangsa Melayu yang menjadi sasaran serangan KOMAS?

Bukankah UiTM sudah membuka ruang untuk laluan parallel pathway kepada pelajar perubatan bukan Bumiputera.

Dan kini KOMAS mendesak satu lagi laluan untuk pelajar bukan Bumiputera?

Selepas ini apa?

Buka sepenuhnya UiTM kepada pelajar bukan Bumiputera?

Adakah pakar perubatan dari golongan Bumiputera sebelum ini tidak mahu merawat pesakit bukan Bumiputera?

Mengapa perlu dikecam kempen pelajar yang mahu mempertahankan perlembagaan?

 

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button